Rawatan Kekurangan berat badan

Diet

Individu yang kurang berat badan mungkin dinasihatkan untuk menambah berat badan dengan meningkatkan pengambilan kalori. Hal ini boleh dilakukan dengan memakan sejumlah makanan yang cukup padat dengan kalori.[26][27][28] Berat badan juga boleh ditingkatkan melalui pengambilan suplemen pemakanan cecair.[29]

Senaman

Satu lagi cara untuk orang yang kurang berat badan menambah berat badan adalah dengan bersenam, kerana hipertrofi otot meningkatkan jisim badan. Senaman angkat berat adalah berkesan dalam membantu meningkatkan tona otot serta membantu penambahan berat badan.[30] Angkat berat juga telah ditunjukkan untuk meningkatkan ketumpatan mineral tulang[31] yang lebih berkemungkinan berlaku pada orang yang kekurangan berat badan.[32]

Senaman bersifat katabolik yang mengakibatkan pengurangan jisim pada waktu singkat. Walau bagaimanapun, semasa pemulihan, pampasan lampau anabolik menyebabkan otot berkembang, yang mengakibatkan peningkatan keseluruhan dari segi jisim. Hal ini boleh berlaku melalui peningkatan protein otot, atau melalui penyimpanan glikogen yang dipertingkatkan dalam otot. Senaman juga boleh membantu merangsang selera makan seseorang yang tidak gemar makan.

Perangsang selera makan

Beberapa jenis ubatan tertentu boleh meningkatkan selera makan sama ada secara langsung mahupun sampingan. Ubat antimurung seperti mirtazapina atau amitriptilina, dan ubat antipsikotik terutamanya kloropromazina dan haloperidol, termasuk juga tetrahidrokanabinol (terdapat pada ganja), semuanya meningkatkan selera makan sebagai secara sampingan. Di beberapa negara atau wilayah yang diluluskan, ganja perubatan mungkin diberi untuk merawat kehilangan selera makan yang teruk, seperti yang disebabkan oleh kanser, AIDS atau tahap kebimbangan berterusan yang teruk. Ubat atau suplemen lain yang boleh meningkatkan selera makan termasuk antihistamin (seperti difenhidramina, prometazina atau siproheptadina).[33]

Rujukan

WikiPedia: Kekurangan berat badan https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/4... http://www.nhlbi.nih.gov/health/educational/lose_w... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC45114... https://doi.org/10.1186%2F2052-9538-1-9 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26217501 https://www.acefitness.org/education-and-resources... https://doi.org/10.1016%2FS0140-6736(16)30054-X https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27115820 http://www.indianexpress.com/news/body-shape-is-do... https://www.sciencedaily.com/releases/2007/09/0709...